
Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Aparteid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Pada 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua penduduk Afrika Selatan untuk diklasifikasikan kepada tiga kumpulan: putih, hitam (orang Afrika), atau berwarna (darah campur). Kumpulan berwarna termasuklah kumpulan India dan Asia. Jabatan Dalam Negeri adalah bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk. Semua penduduk kulit hitam diwajibkan membawa "pass book" sejenis kad pengenalan yang mengandungi cap jari, foto dan maklumat lain untuk memasuki kawasan kulit putih. Peristiwa berdarah di Sharpeville pada Mac, 1960 adalah disebabkan penentangan warga kulit hitam terhadap undang-undang tersebut. Lebihkurang 69 pemberontak terkorban sewaktu rusuhan itu.
Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian sehingga ke hari ini, kesannya telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di negara ini. Rejim Afrika Selatan melakukan penindasan dengan berleluasa terhadap rakyat kulit hitam dan mengamalkan dasar Aparteid. Aparteid adalah satu sistem yang mengamalkan fahaman perkauman.
Di Afrika Selatan mempunyai majoriti penduduk kulit hitam tetapi negara Afrika Selatan dikuasai oleh rakyat kulit putih yang penduduknya adalah minoriti (Foreign Affair Malaysia, Mac 1986). Rakyat kulit hitam tidak dapat menentang rejim Afrika Selatan yang diperintah oleh kerajaan kulit putih. Mereka memerlukan bantuan dan sokongan daripada negara luar. Belenggu aparteid ini mahu dibebaskan kerana rakyat kulit hitam semakin hari semakin ditindas dan rejim Afrika Selatan dengan bertindak lebih ganas bagi menakutkan dan terus mengekalkan dasar aparteid. Sistem aparteid yang mahu dipertahankan oleh rejim Afrika Selatan adalah merupakan satu penghinaan kepada rakyat kulit hitam yang ditindas dan diperlakukan sebagai hamba kepada rakyat kulit putih Afrika Selatan (Foreign Affairs Malaysia, 1981).
Tulisan ini ingin melihat usaha dan peranan Malaysia dalam memperjuangkan kebebasan Afrika Selatan dari dasar aparteid. Fokus kepada penglibatan Dr. Mahathir dan peranan beliau dalam usaha
menghapuskan dasar aparteid. Bermula dengan penyertaan beliau di persidangan Komanwel di Nassau, Bahamas. Penyertaan beliau dikatakan telah memberi satu impak yang amat mendalam terutama kepada Britain. Sekian lama isu aparteid diperkatakan dan diperbahaskan tetapi tidak mendapat impak dan perhatian secara serius masyarakat dunia terutama dari ahli-ahli Komanwel sendiri. Sebelum ini protes dan rasa tidak puas hati terhadap dasar aparteid di Afrika Selatan telah disuarakan tetapi tidak memberi kesan kepada rejim Afrika Selatan malah penindasan terhadap rakyat kulit hitam Afrika Selatan terus
berlaku.
Terima kasih .sangat membantu.
ReplyDeletePanjang betul 🤐🤐🤐🤐🤐🤐
ReplyDeleteReally helping me a lot in finishing my assignment. Thank you
ReplyDelete