Monday 16 January 2017

HAK KANAK KANAK DERA

Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah segala harapan dan cita-cita negara disandarkan selaku pemimpin di masa hadapan. Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada mereka menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari hakikat ini, maka pertimbangan utama di dalam segala tindakan yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak adalah kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak berkenaan. Ini boleh dilihat di dalam pelbagai undang-undang yang terdapat di negara ini. Walau bagaimanapun, permasalahan mengenai kanak-kanak masih terus berlaku di merata tempat sama ada di dalam atau luar negara. Dalam hal ini kita sering mendengar atau membaca bahawa terdapat kanak-kanak yang diabaikan, ditinggalkan di perhentian bas, di bawah pokok, ada yang ditinggalkan di dalam kereta tanpa penjagaan sewajarnya. Kita juga mendengar bahawa perlakuan jenayah oleh kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Jika dulunya perlakuan jenayah oleh kanak-kanak hanyalah jenayah yang kecil atau petty offences tetapi pada masa sekarang terdapat kanak-kanak yang berani melakukan rompakan bersenjata, merogol bahkan ada yang berani membunuh. Persoalannya sekarang ialah siapakah yang harus dipersalahkan jika perkara ini berlaku kepada kanak-kanak di negara ini? Apa yang pasti ialah kanak-kanak ini tidak harus dipersalahkan seratus peratus kerana apa yang berlaku mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor yang diluar kawalan mereka. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang diketahui umum pihak yang terlibat secara langsung dengan pembesaran dan pembangunan diri kanak-kanak adalah ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga telah diberi tugas dan tanggungjawab utama untuk membentuk keperibadian anak-anak kerana mereka mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan anak-anak di dalam jagaan mereka. Ibu bapa atau penjaga adalah mereka yang saban hari bercampur gaul dan sentiasa berada di sisi anak-anak

Masalah penderaan kanak-kanak adalah satu isu yang sangat serius kebelakangan ini. Tindakan penderaan ini seolah-oalah tidak mempunyai noktahnya selagi tiada inisiatif magi menghalang dan mencegah perkara ini berlaku.Keganasan terhadap kanak-kanak mengikut definisi termasuklah keganasan fizikal, keganasan psikologikal, diskriminasi, terbiar dan juga penganiayaan. Ia juga merangkumi penderaan di dalam bentuk fizikal, perkataan dan seksual di rumah kepada hukuman yang memalukan dan penindasan di sekolah, termasuklah penderaan dan juga penyisihan dalam institusi sehinggalah pergaduhan sesama kumpulan di jalanan di mana kanak-kanak bermain atau bekerja.Ada di antara mereka yang merasakan punca utama kes-kes penderaan yang berlaku di negara ini adalah disebabkan taraf sosio ekonomi yang rendah oleh keluarga tersebut. Ada juga yang merasakan bahawa sikap ibubapa yang pemabuk dan tidak bertanggungjawab sebagai punca utama kepada masalah tersebut.

Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia juga boleh dilihat seawal tahun 1947 dengan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak pada 1991. Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap kanak-kanak dan juga mengakui bahawa perlunya pembaharuan di dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan iaitu Akta Kanak-Kanak 2001[10] (selepas ini akan disebut Akta 611) dan telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002.[11] Tajuk panjang Akta 611 berbunyi: Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Akta 611 merupakan satu Akta yang merangkumi pelbagai isu penting mengenai kanak-kanak.[12] Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapaatau penjaga[13] dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.

Semua pihak mempunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing sama ada tanggungjawab dari segi moral atau dari segi undang-undang. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas dan tanggungjawab ke atas anak-anak di bawah jagaan mereka. Selaras dengan itu, peruntukan-peruntukan yang mengenakan tugas dan tanggungjawab undang-undang kepada ibu bapa atau penjaga telah diwujudkan di dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan kemudiannya telah diperkemaskan di dalam Akta 611. Apa yang pasti di antara tujuan utama peruntukan-peruntukan seumpama ini dimasukkan adalah supaya ibu bapa atau penjaga akan lebih bertanggungjawab dan mengambil berat akan keadaan anak-anak mereka.

Sebab-sebab lain yang dirasakan sebagai penyebab kepada masalah tersebut ialah tidak mempunyai pendidikan, tidak mempunyai pekerjaan, dan keluarga yang berpecah belah. Perbezaan di antara ahli profesional juga wujud mengenai cara untuk menyelesaikan masalah. Ada yang mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka yang mendera. Ada pula yang mencadangkan supaya diadakan kelas-kelas kaunseling dan sebagainya. Walau apapun pandangan yang dikemukakan, isu yang penting kepada masyarakat ialah masalah sosial merupakan agenda yang perlu diberikan perhatian yang serius.

Sejak kebelakangan ini, kita dapat mendengar dan melihat tentang berlakunya penderaan kanak-kanak yang boleh dikatakan menyentuh hati. Diantaranya kes Nurin Jazimin yang di didera, perkosa dan dibunuh. Kes seperti ini kadangkala menyakitkan hati kita. Kita tidak dapat menyangka, manusia boleh bersifat melebihi sifat binatang. Tingkahlaku devian ini bercirikan kelakuan ganas terhadap golongan yang kurang berkuasa dalam masyarakat manusia iaitu kanak-kanak. Kisah kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Apabila sesuatu berita penganiayaan itu dipaparkan, perasaan masyarakat akan terusik lalu mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Reaksi seumpama ini memang lumrah. Setiap kali kes penganiayaan dipaparkan di surat khabar, setiap kali itu juga masyarakat akan bangun meminta orang yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Masyarakat rata-rata mengklasifikasikan bahawa perlakuan penderaan terhadap kanak-kanak ini tidak boleh diterima. Kita sendiri telah sedia maklum bahawa anak seperti kain putih, ibu bapalah yang bakal mencorakkannya untuk menjadikan manusia putih bersih atau hitam legam.

Tetapi wujud juga situasi dimana ibu bapa sendiri yang mendera anak mereka. Jika kita lihat Ibu kucing bersama anaknya, pernahkah kita Nampak ibu kucing itu mendera atau memukul anaknya? Jawapannya adalah tidak pernah. Maka oleh kerana itulah Ibu bapa yang mendera anak mereka boleh digelar melebihi sifat binatang. Mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan terhadap anak mereka.

Ibu bapa seharusnya tahu atau mengambil berat tentang Undang-undang Kanak-kanak Malaysia. Undang-undang ini menyatakan bahawa kanak-kanak harus dihormati sebagai seorang insan.Mereka perlu diberi perhatian sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat. Kanak-kanak juga perlu dididik dalam persekitaran yang baik.Sekiranya ada ibu bapa yang mendera atau menyeksa anak-anak,maka mereka ialah orang yang tidak memahami Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia dan patut menerima hukuman yang setimpal

“Menurut Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak, keganasan terhadap kanak-kanak dalam apa jua bentuk adalah merupakan pencabulan terhadap hak-hak asasi mereka. Keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh dipertahankan sebagai sebab-sebab untuk mendisiplin ataupun sebagai suatu budaya tradisi. Adalah sia-sia dan tidak bermanfaat untuk memalukan kanak-kanak. Terdapat pelbagai cara lain untuk mendisiplinkan kanak-kanak dengan lebih berkesan yang tidak menggunakan keganasan apabila mengajar kanak-kanak tentang keluarga dan juga apa yang diharapkan di dalam kelakuan mereka,”

Oleh yang demikian, sama-sama lah kita menyedari hakikat bahawa, kanak-kanak adalah kesinambungan kehidupan kita. Janganlah kanak-kanak diperlakukan seperti bahan mainan yang tidak berguna. Didik lah anak-anak kita agar menjadi orang berguna kelak. Di dalam dunia ini, tiada kanak-kanak yang rela didera. Kes penderaan berlaku adalah sebab kebanyakan mangsa kes dera adalah berbadan kecil dan mereka ketidakupayaan untuk melindungi sendiri. Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh, seperti luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya. Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Bukankah anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri serta sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment