Monday 16 January 2017

HAK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Pengenalan
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Definisi
OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Pernyataan Dasar
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

Orang Kurang Upaya (OKU) didefinasikan sebagai seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal,mental,intelektual atau pancaindera apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

HAK-HAK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

-Akta orang kurang upaya 2008 mengiktiraf hak-hak OKU supaya menikmati faedah pendidikan,pengankutan awam,pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Contohnya terdapat undang-undang kecil untuk mewajibkan bangunan baru menyediakan akses bagi orng kurang upaya seperti di bangunan kerajaan dan tempat awam.

-Persatuan akaun bertauliah (ACCA) juga mengariskan beberapa peraturan dan panduan sedia ada yang menjamin hak dan kebajikan OKU, antara peraturanya ialah:-

Akta Jualan Cukai 1972 - Kerajaan telah memberi pengecualian cukai jualan keatas peralatan sokongan,yang diklasifikasikan sebagai peralatan, perubatan atau pendidikan. Melalui pengecualian cukai jualan ini peralatan yang mereka perlukan lebih murah dan senang diperolehi.
Akta Harta Pusaka (Peruntukan keluarga 1971) -  Akta ini bertujuan melindungi hak kanak-kanak kurang upaya seandainya ibubapa mereka meninggal dunia. Akta ini juga, menjelaskan bahawa simati tidak menyediakan biayaan penjagaan yang mencukupi untuk mereka yang bergantung kepada ibubapa ini,mereka ada hak untuk memohon supaya peruntukan itu dibahagikan berlainan daripada apa yang ternyata dalam wasiat.
Akta wanita berkahwin dan kanak-kanak,1950 (pindaan 1981)- Dibawah akta isteri mempunyai hak untuk menuntut biaya penjagaan daripada suami sebelum perbicaraan penceraian di makamah diadakan. Jika simati mengalami ketidakupayaan daripada segi mental atau fizikal, mahkamah akan juga mempertimbangkan keadaanya apabila mengeluarkan perintah penjagaan. Jika si ayah gagal menyediakan biaya perbelanjaan untuk kanak-kanak kurang upaya, mereka akan membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah memaksa si ayah membayar elaun bualanan mereka.
- Pendidikan
Mereka diberi pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian dibawah kelolaan kementerian pelajaran.
Mereka juga menerima ealun sebanyak RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dibawah jabatan pendidikan khas.
-Pengecualian Cukai Jualan
 (JPJ) juga menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta,van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.
Keretapi Tanah Melayu Berhad,(KTMB) dan Malaysia Airlines Sdn. Bhd.(MAS) juga menyediakan 50% diskaun tiket bagi setiap perjalanan .

1 comment: