Tuesday 17 January 2017

PRESIDEN OBAMA KURANGKAN HUKUMAN

WASHINGTON: Presiden Barack Obama memendekkan hukuman penjara Chelsea Manning, bekas perisik tentera yang bertanggungjawab membocorkan dokumen sulit kerajaan kepada WikiLeaks pada 2010. Obama, dalam satu daripada tindakan akhirnya sebelum meninggalkan Rumah Putih, mengurangkan hukuman itu kepada hanya tujuh tahun, sekali gus menaikkan kemarahan sesetengah anggota Republikan. CHELSEA Manning (kanan), sebelum ini dikenali sebagai prebet kelas pertama Bradley Manning (kiri) dan lahir sebagai lelaki, namun menukar jantina selepas disabitkan. - Foto EPA/Reuters Manning menjadi fokus perdebatan seluruh dunia berkaitan rahsia kerajaan berikutan tindakannya memberi lebih 700,000 dokumen, video, kabel diplomatik dan maklumat medan perang kepada laman web pembocor rahsia, WikiLeaks. Dia dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun atas kesalahan terbabit.

 Seorang pegawai Rumah Putih berkata, tiada kaitan antara pengurangan hukuman Manning dan kerajaan baharu Amerika Syarikat (AS), atau tindakan WikiLeaks sepanjang pilihan raya presiden tahun lalu atau janji Julian Assange menerima ekstradisi jika wanita itu dibebaskan. Manning bekerja sebagai penganalisis perisikan di Baghdad pada 2010 apabila memberi WikiLeaks sejumlah besar dokumen kabel diplomatik dan medan tempur, termasuk video tembakan sebuah helikopter Apache AS ke atas suspek pemberontak. Sebelum ini, dia dikenali sebagai prebet kelas pertama Bradley Manning dan lahir sebagai lelaki, namun menukar jantina selepas disabitkan. Dia adalah antara 209 tahanan yang menerima pengurangan hukuman oleh Obama. Hukumannya berakhir 17 Mei tahun ini. - AFP

No comments:

Post a Comment