Wednesday 18 January 2017

KEBEBASAN BERAGAMA

Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ia merupakan satu prinsip yang mana memberikan kebebasan kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Kebebasan beragama ini dikira sebagai salah satu hak asasi yang fundamental kepada manusia sejagat. Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan dalam "Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan".
Agama


Agama bermaksud kepercayaan kepada tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.

Tempat Beribadah

Tempat-tempat ibadah turut dibina untuk mereka menjalankan aktiviti ibadah.
Namun, pembangunan pembinaan tempat-tempat ibadah ini dikawal oleh kerajaan negeri.
Kerajaan turut menyadiakan bantuan khas kewangan untuk mendirikan pusat-pusat ibadah agama lain.



Kebebasan Beragama

     Kebebasan beragama ialah yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat, untuk mengamalkan agama atau kepercayaan dalam ruang peribadi atau umum, kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut mana-mana agama. dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama, agama-agama lain mesti diamalkan dan ia tidak menghukum atau menindas perngikut kepercayaan yang lain daripada agama rasmi.


Implikasi Konsep Kebebasan Beragama


•Hari ahad merupakan hari cuti tradisional Kristian adalah hari cuti rasmi akhir di Wilayah Persekutuan
•Pengecualian adalah negeri bahagian Kedah, Kelantan, dan Terengganu, serta Johor di mana akhir cuti jatuh pada hari jumaat dan sabtu.
•Pengecualian beberapa agama diiktiraf sabagai hari cuti rasmi, termasuk Hari Raya Puasa,Hari Raya Haji, Ulang tahun Nabi, Hari Wesak, Deepavali, Thaipusam, Krismas, dalam Sabah Sarawak, Jumaat Agung(Good Friday).



  Malaysia adalah sebuah negara yang dibina dalam jaringan kepelbagaian rupa bangsa dan negara. hidup dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk memerlukan sikap toleransi tinggi dan nilai hidup bersama yang kukuh. Inilah uniknya Malaysia sejak dulu dibina secara bersama berteraskan prinsip perlembagaan dan falsafah rukun negara. Jadi, berlandaskan kesepaduan jitu itu negara mampu memancu kejayaan yang mencetus rasa cemburu negara lain. Ini kerana walaupun kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan budaya hidup dan anutan agama yang berbeza, kita saling memahami dan tidak ekstrim apabila berhadapan sesuatu isu sensitif.

  Pun begitu, sejak kebelakalangan ini, timbul jga kocakan krisis yang menyentuh isu sensitif khususnya agama. Namun, kita seluruh rakyat Malaysia tidak mudah melatah menghadapi sesuatu kerana mereka semakin matang dan bijak dalam bertindak .ini elemen yang mengakarumbi di kalangan rakyat Malaysia selama ini  dan mesti diperkukuhkan lagi agar misi dan visi negara menjana pembangunan tidak terancat dalam krisis agama.

" Untuk membina sesuatu agama yang bersepadu, rakyat perlu mempumyai visi yang sama mengenai negara yang hendak dibentuk. Matlamat kita ialah mewujud satu bangsa yang bukan sahaja taat dan setia kepada negara, tetapi mempunyai masa depan yang sama. Ke arah mencapaiu matlamat ini, kita perlu meningkatkan usaha menyatu padukan rakyat disamping menghapuskan perasaan syak wasangka dan prejudis diantara satu sama yang lain"  - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Perkara 18 dalam Kovenan Antarabangsa PBB tentang Hak-Hak Sivil dan Politik menyataka dasar yang menafikan kebebasan seseorang untuk mengamalkan agamanya merupakan satu kezaliman rohaniah. Kebebasanberagama merupakan satu konsep perundangan yang berkaitan, tetapi tidakserupa dengan, toleransi agama,pemisahan di antara agama dan negara,atau negara sekular. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagatyang diterima oleh 50anggota Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948, dengan lapanberkecuali, di Paris, mentakrifkan kebebasan beragama sebagai: "Setiaporang berhak kepada kebebasan berfikir, berkeyakinan dan beragama; hak-hak ini termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan, dankebebasan, sama ada sendirian atau dalam masyarakat bersama orang laindan dalam ruang awam atau peribadi, untuk menzahirkan agama ataukepercayaannya dalam pengajaran, amalan, penyembahan dan pengamalanagama."Kebebasan adalah sebahagian daripada hak‐hak manusia yang bersifatasasi. Semua agama, tradisi, negara, tamadun dan perlembagaanmengiktiraf kenyataan ini.

Kebebasan Beragama Di Malaysia Di Bawah Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan


*Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan.

*Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu.


Perkara 11. KEBEBASAN UGAMA

1. Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk pada fasal (4), mengembangkannya

2. Tida sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diumtukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud suatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

3. Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak :
     
      a. Mengurus hal ehwal agama sendiri.
      b. Menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat;
      c. Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkan mengikut undang-undang

4. Undang-undang Negeri dan mengenai dengan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama islam.

5. Perkara ini tidaklah menbenarkan perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan mana-mana ketenteraman awam, kesihtan awam atau akhlak.

 maka, kerajaan-kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan
undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam, sebagaimana berikutnya:-

a)Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen no. 1/1980)
b)Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama
      bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen no. 11/1981)
c)Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama
      bukan Islam) Kedah, 1988.
d)Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama
      bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen no. 1/1988)
e)Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama
      bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen no. 10/1988)
f)Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama
      bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen no. 1/1988)
g) Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama
      bukan Islam) Pahang, 1989 ( Enakmen no.5/1989)
h)   Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama
      bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991
i)Enakmen kawalan dan sekatan (pengembangan agama
      bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen no.12/1991)






Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan "Tiap tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya."  tetapi, perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan kerajaan negeri dan persekutuan untuk " mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin  agama Islam " Perkara 3 dalam pengembangan islam menyatakan bahawa " Islam adalah agama bagi persekutuan" dan " parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama islam". perkara 160 dalam perlembagaan mentakrifkan orang melayu bagi seseorang yang menganuti agama islam. Mahkamah Sivil biasanya menyerah kuasa kepada mahkamah syariah bagi kes-kes berkaitan keluar daripada agama islam, dan mahkamah syariah pula enggan  membenarkan sesiapa keluar daripada agama islam. Undang-undang dan dasar lain mengenakan beberapa sekatan terhadap kebebasan beragama.

Perkara 3: Agama Bagi Persekutuan


1.Agama Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.
2.Dalam tiap-tiap negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam.
3.Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri Melaka, pulau pinang,sabah dan sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-pertuan Negeri kedudukan sebagai ketua Agama Islam dalam negeri itu.

Agama Rasmi Di Malaysia

1.Pada 29 September 2001, perdana menteri ketika itu, Tun Dr.Mahathir Mohamad menyatakan bahawa negara Malaysia adalah Negara Islam.
2.Perkara 8 menjelaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama tanpa tiada perbezaan agama, kaum, keturunan dan sebagainya.

        3.Perkara 150 (6A), jelas memelihara hal ehwal Islam walaupun dalam keadaan darurat yang memberi                    kuasa kepada pihak eksekutif untuk membuat undang-undang.
         4.Peranan Yang di-pertuan Agong juga dimasukkan dalam ruang lingkup Islam dalam perlembagaan

Perkara 11 : Kebebasan Beragama


1.Perkara 11 menerangkan mengenai kebebasan beragama dalam peruntukan perlembagaan Malaysia.
2.Seluruh rakyat berhak memilih agama yang ingin dianuti tetapi untuk kaum Melayu, mereka wajib menganut agama Islam.
3.Terdapat beberapa klausa dalam perlembagaan yang menerangkan konsep sebenar kebebasan beragama yang dibenarkan di negara ini.
4.Memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
5.Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain.
6.Perkara ini diperuntukkan dalam perkara 11 (5) perlembagaan.
7.Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan beragama dalam persekutuan.
8.Seluruh rakyat mempunyai hak untuk beragama dan memilih agama sendiri tetapi bagi kaum Melayu,mereka wajib menganut agama Islam.
9.Walaupun konsep kebebasan beragama di amalkan tetapi terdapat pengecualian tertentu terhadap kebebasan tersebut.
10.Penyebaran agama bukan Islam di negara dihalang dan tidak dibenarkan sama sekali dan sesiapa yang terlibat menyebarkan agama bukan Islam dan disabit kesalahan akan di denda di bawah akta-akta yang telah ditetapkan.
Status Kebebasan Beragama
1.Perkara 11 menjelaskan bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing serta menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
2.Kerajaan secara umumnya menyokong agama Islam sebagai agama rasmi negara.
3.Dari segi pendidikan, kanak-kanak Islam diberi pendidikan  agama yang sesuai degan kurikulum.
4.Kanak- kanak penganut lain juga tiada sekatan diberikan dalam pendidikan agama.

PERBANDINGAN ANTARA PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN
              PERUNDANGAN AGAMA ISLAM

*ISLAM
“ Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia”.
(Riwayat Bukhari).

*PERLEMBAGAAN
Perkara 11 (1) perlembagaan persekutuan telah meyatakan setiap individu itu bebas untuk menganut
apa-apa agama.

PENYEBARAN DAKWAH MELALUI MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK

*Islam tidak menghalang penganutnya untuk berkarya dan melahirkan ekspresi diri mereka.
*Tetapi, Islam melarang penganutnya untuk menyentuh isu-isu atau perkara-perkara yang sensitif dengan Islam dan agama lain.
*Undang- undang Malaysia melarang sebarang ajaran daripada agama kristian mahupun Hindu kepada mereka yang beragama Islam.
*Namun undang-undang Malaysia tidak melarang ajaran Islam dari menular kepada mereka yang bukan beragama Islam.
*Ketidakadilan yang seringkali disebut ini, seringkali digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam bagi menghentam undang-undang Malaysia yang memberikan kelebihan kepada agama Islam.

KESIMPULAN
*Status kebebasan beragama di Malaysia adalah merupakan salah satu masalah kontroversi.
*Dalam beberapa kali, ada sejumlah isu-isu dan peristiwa  yang telah menguji hubungan antara bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia.
*Di Sabah dan Sarawak, mereka tiada isu dalam hubungan antara kaum.
*Masing-masing mempraktiskan kepercayaan masing-masing dan pada masa yang sama menghormati kepercayaan pihak lain.
*Akan tetapi , kekebalan undang-undang yang terdapat dalam perlembagaan merupakan benteng dalam menangani  isu-isu kebebasan beragama  di Malaysia dalam mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.

No comments:

Post a Comment