Sunday 15 January 2017

ISU PEMBUANGAN BAYI

Golongan belia sememangnya tidak dapat lari kepada gejala sosial yang berlaku dalam  suasana persekitaran hari ini sama ada di dalam negeri ataupun di luar negara. Gejala sosial dapat  diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Biasanya jenayah  ini bukan sahaja melibatkan remaja, dan dewasa manakala kanak- kanak juga terlibat dalam masalah kes- kes jenayah. Sebagai contohnya, pembuangan bayi, jenayah ragut, rasuah, bunuh diri, rogol, lari dari rumah, dan sebagainya.



Image result for pembuangan bayi di malaysia
Image result for pembuangan bayi di malaysia






 Secara umumnya, masalah sosial telah merangkumi pelbagai perlakuan yang negatif dalam masyarakat. Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin kerap terpampang di dada-dada akhbar mahupun televisyen sejak kebelakangan ini. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang berkait rapat dengan etika dan moral seseorang. Masalah sosial seprti melepak, lumba haram, vendalism, seks bebas, lari rumah, dan pembungan bayi bukanlah suatu isu yangb baru tetapi jenayah ini semakin meningkat mengikut peredaran zaman yang serba moden hari ini. Gejala sosial yang melanda umat islam pada masa kini amat membimbangkan kerana isu ini semakin menular dan hangat diperkatakan oleh semua masyarakat. Hal ini akan menjejaskan anak-anak bangsa yang diharapkan menjadi pewaris dan pemimpin negara pada masa akan datang. .

Salah satu gejala yang pernah menggemparkan dan melanda negara pada masa kini ialah kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Masalah sosial yang serius ini telah membuatkan saya tertarik dalam memilih isu pembuangan bayi sebagai tajuk entri kali ini untuk membincangkan punca-punca terjadinya pembuangan bayi ini. Setiap hari ada sahaja laporan mengenai kes pembuangan bayi yang terpapar di media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kes pembuangan bayi ini bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat di negara ini. Pada zaman teknologi moden masa kini, membuang bayi adalah salah satu cara yang paling mudah bagi remaja yang berakal pendek untuk melarikan diri dari tanggungjawab apabila hamil tanpa pernikahan yang sah. Isu ini perlu dipandang serius oleh semua agar masalah tersebut ditangani dengan segera dan berkesan.

  Antara faktor utama kes pembuangan bayi ini berlaku adalah berpunca daripada kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja hari ini. Para remaja yang tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna akan mudah terjebak dengan kegiatan maksiat. Kebanyakkan remaja yang tidak mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan menyebabkan mereka lebih mementingkan keseronokkan dan mengikut hawa nafsu semata-mata demi kepuasan diri. Didikan agama yang kurang telah menyebabkan mereka tidak mempunyai haluan hidup yan betul sehingga sering terjebak dengan gejala negatif seperti pergaulan bebas dan akhirnya berlaku penzinaan. Akibatnya, mereka sanggup mengambil tindakan yang salah di sisi agama seperti sanggup membuang bayi mereka yang tidak berdosa itu.

  Faktor kedua ialah pengaruh rakan sebaya. Setiap remaja mesti mempunyai rakan sebaya yang merupakan individu yang paling rapat dan dekat dengan mereka. Hal ini menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan perlakuan dan ajakan daripada rakan sebaya mereka terutamanya apabila bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Pada usia muda, mereka suka mencuba sesuatu benda yang baru di luar batasan agama dan norma masyarakat sebagai contoh pergi ke pusat hiburan, minum  arak, menghisap dadah sehingga melakukan seks rambang. Akhirnya, mereka menyesal dan tidak menemui jalan penyelesaian apabila diri telah disahkan mengandung. Tambahan pula, si lelaki tidak mahu bertanggungjawab dan menghilangkan diri. Akibat buntu dan terdesak, tanpa berfikir panjang mereka mengambil keputusan untuk membuang bayi mereka.
 
      Faktor ketiga ialah pengaruh percintaan. Fitrah manusia mempunyai perasaan cinta yakni ingin menyayang dan disayangi yang merupakan anugerah daripada Sang Pencipta. Namun, para remaja hari ini terlampau taksub dengan pasangan masing-masing sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyerahkan tubuh sebagai sebagai bukti cinta. Apabila merasakan diri mereka dilamun cinta mereka tidak dapat mengendalikan persahabatan yang sihat tetapi sebaliknya terlalu mengikut perintah rakan atau orang tersayang sehinggakan terjalinnya pergaulan bebas. Remaja lelaki amat mudah  memikat remaja perempuan dengan kata-kata manis dan indah sehingga membuatkan golongan wanita mudah mempercayai dan menyerahkan jiwa raga mereka. Apabila mendapati wanita tersebut hamil, golongan lelaki akan meninggalkan kekasihnya kerana tidak mahu bertanggungjawab dan mencari mangsa baru. golongan perempuan yang cetek akal ini mengambil jalan singkat dengan membuang bayi tersebut demi menutup malu.

      Kajian mendapati statistik kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari tahun 2004 hingga tahun 2010 adalah tidak konsisten. Bilangan kes ini adalah seperti yang dikeluarkan oleh PDRM dan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Statistik ini cuba diperkuatkan lagi dengan melihat perangkaan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

    Statistik kes pembuangan bayi yang dicatatkan dari tahun 2005 hingga tahun 2010 adalah sebanyak 396 kes yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada tahun 2005, dan 83 kes pada tahun 2006 menurun kepada 65 kes pada 2007. Pada tahun 2008 jumlah ini meningkat semula secara drastik kepada 102 kes dan mengalami penurunan semula kepada 79 kes pada tahun 2009 dan kembali meningkat kepada 91 kes pada tahun 2010. Bagi tahun 2011, kes pembuangan bayi ini menjadi semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi yang dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

   Sebilangan besarindividu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi ini berusia antara 18 hingga 25 tahun iaitu individu dalam lingkungan remaja yang sedang mengalami proses kematangan. Oleh sebab itu, mereka yang paling ramai terjebak dengan kes pembuangan bayi ini. Data menunjukkan sebanyak 20 kes membabitkan individu yang berusia bawah 18 tahun sementara 33 kes dilakukan oleh individu yang berusia 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki dan 102 adalah bayi perempuan manakala selebihnya tidak diketahui jantinanya.

Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari tahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan rumah yang membabitkan 99 bayi dan diikuti sebanyak 77 bayi (15.8%) di tempat pembuangan sampah dan bakinya di tempat seperti semak, masjid, sungai, tepi jalan, dan hospital. Walaupun pihak berkuasa telah membuat Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, namun kes pembuangan bayi ini terus berlaku di mana Selangor jumlah kes yang paling tinggi iaitu sebanyak 127 kes, dan diikuti oleh negeri Johor iaitu sebanyak 104 kes, seterusnya negeri Sabah berjumlah 73 kes, manakala Sarawak sebanyak 42 kes dan di akhiri oleh Negeri Sembilan sebanyak 30 kes.

Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya remaja merupakan golongan terbesar yang melakukan perbuatan
kejam ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini sangat sesuai dengan hal ini.
Masyarakat juga turut menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi buruk dari orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini. Selain itu, masyarakat juga akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu, Perasaan buruk sangka dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat terutamanya terhadap keluarga pelaku tersebut. Masyarakat pasti akan menyalahkan keluarga pelaku tersebut tanpa memikirkan perasaan mereka. Perbuatan membuang bayi juga akan memberi contoh yang tidak baik kepada orang lain. Apabila remaja lain melihat situasi ini, maka mereka juga akan mudah terpengaruh dan terikut-ikut tindakan bodoh ini. Apa yang jelas, kes pembuangan bayi ini akan menyebabkan remaja menjadi semakin berani untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih kerana mereka beranggapan jika mereka mengandung, bayi tersebut boleh dibuang atau diserahkan kepada sesiapa.






No comments:

Post a Comment