Wednesday 18 January 2017

HAK PESAKIT AWAM DI HOSPITAL

Image result for HAK PESAKIT



Hak-Hak Pesakit
Setiap individu mempunyai hak untuk mendapat rawatan kecemasan dengan segera di Hospital Pitas (KBMC).
Setiap pesakit akan dirawat dengan penuh kesopanan dan ketertiban.
Setiap pesakit perlu dirawat dengan penuh perhatian, bertimbang rasa, adil, penuh hormat dan kemuliaan.
Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan kerahsiaan semasa sesi soal jawab, pemeriksaan dan rawatan oleh staf perubatan.
Pesakit perlu memberikan kerjasama semasa sebarang pemeriksaan fizikal atau rawatan dijalankan.
Setiap kanak-kanak yang dimasukkan ke wad mempunyai hak, bilamana diperlukan, ditemani oleh ibu atau bapa atau penjaganya pada setiap masa.
Pesakit mempunyai hak untuk memilih pakar perunding sendiri sekiranya diperlukan.
Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan pendapat kedua bila diminta.
Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat berserta penjelasan tentang keadaan dirinya, hasil penyiasatan, dan keputusan pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas beliau.
Pesakit perlu disediakan dengan maklumat tentang anggaran kos rawatan, penyiasatan dan prosedur yang bakal dijalankan ke atas beliau.
Pesakit yang telah mendapat maklumat lengkap tentang keadaan dirinya mempunyai hak sepenuhnya untuk menerima atau menolak rawatan sebagaimana yang dicadangkan kepada beliau.
Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan dalam istilah biasa secara jelas, ringkas dan padat untuk sebarang rawatan atau prosedur yang dicadangkan serta alternatifnya. Maklumat perlu disertakan dengan risiko yang berkemungkinan berlaku, kesan sampingan dan kemungkinan kegagalan.
Keizinan pesakit perlu diperolehi sebelum mana-mana prosedur dapat dijalankan. Bagi kes minor, keizinan perlu diperolehi daripada ibu atau bapa atau penjaga yang sah.
Semua maklumat pesakit perlu dianggap rahsia dan tidak dibincangkan secara persendirian dengan orang lain selain daripada golongan professional yang terlibat.
Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan (nursing care) yang selamat, cekap dan pantas sepanjang berada di hospital ini.
Sebarang rungutan/ aduan dari setiap Pesakit wajib didengari dan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Pesakit dan waris wajar diberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan keadaan kesihatan beliau, di samping pendidikan dan kaunseling tentang penjagaan diri, pengambilan ubat, termasuk kesan sampingan yang mungkin ada dan langkah keselamatan yang mungkin diperlukan semasa di hospital dan sebelum keluar wad.
Pesakit mempunyai hak kepada persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif di hospital ini.
Pesakit berhak untuk mendapatkan bil perubatan yang jelas dan terperinci dan sebarang penjelasan mengenai bil tersebut perlu diberikan jika diminta.
Pesakit akan disediakan dengan laporan perubatan dalam masa yang munasabah jika diminta oleh pesakit pada kadar bayaran yang berpatutan.

Hak-Hak Pesakit dan Keluarga

Adalah dengan ini diperakui bahawa tuan/puan sebagai pesakit di Hospital ini berhak untuk:-

Mendapat perkhidmatan perubatan yang selamat tanpa mengira agama dan bangsa.
Mendapat perkhidmatan perubatan yang berpatutan dan menghormati hak asasi manusia.
Mengenali identiti doktor atau penjawat awam yang memberi perkhidmatan rawatan perubatan.
Mendapat perkhidmatan yang berterusan dan berpatutan serta mengetahui maklumat tentang penyakit yang dihidapi.
Turut serta dalam membuat keputusan mengenai kesihatan diri anda termasuk hak menolak cadangan perubatan, mendapat pandangan kedua, serta hak meninggalkan hospital walaupun bertentangan dengan nasihat perubatan.
Mengetahui maklumat peraturan hospital yang berkaitan dengan anda.
Menerima bil terperinci untuk semua bayaran rawatan (berdasarkan permintaan anda).
Memberi cadangan bagi menambahbaikan perkhidmatan hospital melalui peti cadangan yang disediakan.
Tanggungjawab anda semasa berada di Hospital:-

Memberi kerjasama semasa menerima rawatan dan nasihat doktor anda.
Menanggung risiko jika sekiranya anda memilih untuk tidak meneruskan rawatan.
Menepati temujanji anda, memberi maklumat yang tepat dan lengkap mengenai sejarah kesihatan, ubat-ubatan yang diambil serta sebarang perubatan kesihatan diri anda.
Memahami penyakit yang dihidapi serta rawatan dan penjagaan diri selepas keluar dari hospital serta memberitahu doktor sekiranya anda tidak faham tentang sebarang aspek penjagaan kesihatan.
Bagi kemasukan ke wad:-
Membawa barang keperluan peribadi dan pakaian yang perlu sahaja ke hospital.
Bagi kecemasan:-
Menyerahkan hak penjagaan barangan berharga kepada anggota keluarga / waris atau peti simpanan hospital.
Mematuhi peraturan hospital termasuk bertimbangrasa terhadap hak peribadi rakan pesakit, menghormati waktu dan peraturan melawat serta peraturan-peraturan hospital yang lain.
Mematuhi peraturan bahawa kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun, terutama bayi tidak dibenarkan melawat kecuali mendapat kebenaran dari pihak pengurusan wad. Ini kerana mereka mudah terdedah kepada jangkitan kuman disebabkan daya tahan badan yang rendah.
Mengetahui maklumat mengenai apa yang bakal ditempuhi sebelum, semasa dan selepas prosedur dijalankan serta sokongan yang akan diberikan untuk menghadapi situasi tersebut.
Penyertaan keluarga dalam membuat keputusan yang melibatkan rawatan perubatan anda serta penglibatan penjaga / waris secara berpatutan dalam memantau rawatan secara berterusan terhadap pesakit.


Tanggungjawab Pihak Hospital:-

Pihak hospital bertanggungjawab untuk melindungi pesakit daripada kecederaan yang berpunca langsung daripada pelawat, pesakit-pesakit lain atau kakitangan hospital sendiri.
Kanak-kanak, individu-individu cacat, warga tua atau mana-mana golongan yang berisiko patut mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Pihak hospital hendaklah menghormati kehendak pesakit dan keluarga untuk menggunakan alat bantuan hayat.
Pihak hospital hendaklah menyokong hak pesakit untuk mendapat penghormatan dan rawatan sewajarnya di akhir hayatnya.

No comments:

Post a Comment