Sunday 15 January 2017

ISU GELANDANGAN


Sekiranya anda ke ibu kota, pasti suasana ramai penduduk yang tidak tahu arah tuju tidur di kaki lima jalan secara berselerak di mana selalunya dapat anda lihat pada sebelah malam. Disebabkan hidup yang melarat, golongan ini tidak mempunyai pilihan selain hanya tidur di kawasan kaki lima, dataran dan kawasan-kawasan awam yang lain. Pada mereka cukuplah sekadar hanya dapat melelapkan mata buat seketika itu pun sudah memadai.Disebabkan itu, satu inisiatif telah dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama MRCB dalam menyediakan satu pusat yang diberi nama Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL).
Pusat ini juga merupakan arahan daripada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri semasa beliau membuat tinjauan tehadap golongan gelandangan.







Image result for GELANDANGAN DI MALAYSIA


Isu gelandangan ini kerap berlaku di Kuala Lumpur. Kini, orang gelandangan mencecah 2500 dan lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus gelandangan adalah terdiri daripada kalangan orang melayu. Para penyelidik di Malaysia mengenal pasti faktor utama berlakunya isu gelandangan ini, iaitu disebabkan oleh alasan ekonomi, kemiskinan, permasalahan psikologi, kereganggan hubungan dengan orang tua, keinginan untuk hidup bebas, gagal mencari pekerjaan. Kerajaan juga bekerja keras mengambil tindakan untuk menangani isu gelandangan seperti Rich Organisation oleh pertubuhan badan bukan kerajaan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan dan Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi untuk membantu golongan gelandangan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gelandangan bermaksud orang yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan yang layak dalam mayarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetapi atau layak dalam wilayah tertentu dan hidup mengembara ditampa umum. Berasal daripada maksud gelandangan iaitu selalu mengembara atau kelana.
 
Akibat daripada isu gelandangan ini, ianya hanya melahirkan masyarakat tidak produktif, enggan berubah dan tidak kisah dengan kehidupan yang miskin. Selain itu, pembangunan ekonomi dan sosial yang tidak sekata pada masa yang sama, masyarakat juga kekurangan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan. Sehubungan dengan itu, masyarakat juga ingin bebas daripada keluarga dan tanggungjawab. Isu gelandangan juga berlaku disebabkan oleh kemiskinan individu dan keluarga
Keselamatan orang gelandangan terjejas. Orang gelandangan akan menghadapi isu kesihatan yang teruk. Seperti mana yang kita lihat, kebanyakan orang gelandangan akan tertagih pada dadah dan juga minuman arak. Kesan yang agak ketara adalah imej negara akan terjejas dan akan mengakibatkan ekonomi negara terjejas. 


Antara kesan daripada wujudnya gelandangan ini,  Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menangani isu ini. Pembinaan rumah transit yang membekalkan makanan dan tempat tinggal. Selain itu, kaunter khas untuk mendaftar golongan gelendangan di ibu kota untuk mencari pekerjaan iaitu Program Jabatan Tenaga Kerja dan badan bukan kerajaan (NGO) dan golongan ini pernah ditawarkan pekerjaan. Di samping itu, golongan majikan pula bersikap berhati-hati dalam masa JKM menjalankan proses ‘profiling’ .

No comments:

Post a Comment